Penat, letih, kecewa tapi seronok. Itulah perasaan yang aku rasa selepas selesai main di Rock The World 9 pada 26hb Disember lepas.
Terus-terang cakap aku memang mengidam nak main kat RTW ni sejak dibangku sekolah lagi. Tapi entah kenapa pada mulanya aku cakap TAK dekat tuan pengurus, Fazrik, bila dia tanya samada nak main ke tak. Waullahua'lam.
Kami hanya bagi keputusan dua hari sebelum Sidang Akbar yang pertama RTW. Tapi awal2 pun dah nampak masalah. Kedua-dua penganjur utama tak sebulu rupanya. Jadi tarikh dan tempat terpaksa ditukar dari yang dijadualkan pada mulanya. Lepas pengumuman tu, adoyai ... Zee Avi dan Azmyl tak dapat join. Agak kecewa jugak perasaan aku masa tu.
Pada hari kejadian, aku dah set dalam kepala otak aku nak tolong kawan-kawan pada siang hari dan baru teruskan dengan Pesawat pada malam hari. Jadi aku bangun awal hari tu dalam pukul 10pg untuk tolong guitar tech aku, Tom Bollock. Tom main 2 band hari tu; Sam & Robot Asmara.
Terperanjat la jugak bila sampai-sampai aku tengok budak-budak yang datang dah ramai. Alhamdulillah. Ingatkan berita tu tak sampai kat diorang sebab pengurusan RTW anjakkan semua kumpulan dekat Indie Stage mula awal 2 jam pada hari sebelumnya.
Masa Sam & Robot Asmara main cuaca terang benderang lagi. Semuanya masih ok. Tak ada masalah langsung. Tapi dalam pukul 3 lebih, hujan turun dengan lebatnya. Abis kuyup budak-budak yang datang. Kesian sungguh! Dah la tak ada tempat nak berteduh selain dari canopy peniaga2. Sampai aku dengar ada yang bergaduh berebut tempat nak berteduh. Alahai dik. Tapi aku tak boleh nak komen banyak-banyak sebab aku ada tempat berteduh.
Bila persembahan dimulakan semula, tak sampai dua band hujan turun balik. Jadi, semuanya dah lari. Masa, peralatan dekat atas stage, mood dan bunyi semua lari ke tempat lain. Hancur lebur. Tapi dalam-dalam kelam kabut tu, boleh pulak si monoloQue mintak aku menari zapin masa set dia nanti. Aku macam biasa, Mak Ok Je!! Hahaha
Aku agak takut-takut nak join monoloQue sebab ada satu band lagi yang perlukan khidmat aku sebagai crew. Kebetulan masa monoloQue main kat Main Stage, LabRat naik Indie Stage. Dalam kelam kabut tu aku redahkan jugak menari Zapin utk monoloQue. Lu punya pasal tadahal la loQue!! Dapat aku buat 2 round, terus aku berlari ke Indie Stage.
Nasib baik sempat sebelum LabRat mula tapi effect si Azwaa tak berfungsi ditambah ada Amp rosak atas pentas tu. Allah!! Set LabRat dah dikurangkan ke 2 lagu. Jadi aku suruh si Azwaa teruskan main lagu pertama tanpa gitar sementara aku selesaikan. Alhamdulillah, dia dapat pakai gitar tu pada separuh kedua lagu kedua diorang.
Kesimpulannya, siang hari tu aku jadi crew utk 3 kumpulan: Sam, Robot Asmara dan LabRat manakala menjadi penari untuk monoloQue. Hahaha. Seronok sungguh!
Tibalah waktu malam. Tapi tak malam sangat sebab aktiviti Pesawat bermula sejurus selepas aku selesai dengan LabRat. Sepatutnya aku kena pakai a proper attire untuk MeetnGreet Twisties pukul 6.30ptg tu. Tapi memang tak sempat, terus aku pergi dengan t-shirt dan seluar pendek aku. Hahaha. Nak buat macamana. Aku tengok muka budak-budak yang datang tu gembira je. Alhamdulillah. Kesian tengok diorang. Berpanas, berhujan hari tu. Harap-harap tak ramai yang demam.
Kemudian ada MeetnGreet TM dan seterusnya berjumpa dengan otai, Abang Rom. Ada pulak interview 8TV dgn IMTV. Dahla aku tak sempat nak balik mandi apa semua, macam benda pulak kena buat. Tapi tak boleh nak marah sebab aku yang pilih untuk tolong band-band siang tadi.
Perasaan kesian dekat budak-budak tu makin membuak-buak bila aku tengok jadual Main Stage dah lambat hampir 3 jam. Pop Shuvit yang patutnya main pukul 6ptg, mula pukul 9mlm. Memang sah RTW09 abis pukul 12pg. Tapi budak-budak yang datang tak bergerak langsung. Terima kasih!
Synthesizer kitorang, DaniBoy kena migrain tak semena-mena sebelum persembahan. Bertambah tak sedap pulak bila aku dapat tau yang semua band tak boleh main lebih dari 2 lagu. Ya Allah! Dah la set sepatutnya 4 lagu, dikurangkan separuh. Yang dekat luar tu menunggu dari siang berhujan macamana pulak? Makin susah hati aku.
Masa untuk setup 5 minit, manakala persembahan 15 minit je yang diorang bagi. Nasib baik team technical kitorang cekap dan pantas. Shout out to Tom Bollock, Eddie Malie, Khuzai, Paan, Qarma, Asoi, Adnan (Drummer Sam), Boboy dan Chic!! Terima kasih tak terhingga dolmats! Korang memang power!
Naik je stage, Ya Allah! ramainya yang menunggu. Penuh depan pentas tu. On stage sound memang tak dengar bende lain selain dari bunyi gitar aku! Aduhhh. Terpaksa aku gagahkan jugak. Nak buat mcmana lagi. Kitorang cuba jugak nak extend ke 3 lagu tapi lepas lagu kedua pengurusan RTW dah suruh turun.
But all and all, It was a good show. Tak sangka ramai macam tu yang datang. Terima kasih kerana menunggu. We love you guys. Thanks for waiting again. Harap tahun depan kita ketemu lagi di pentas sebegitu rupa tanpa sebarang masalah. Tapi yang pasti Rock The World 9 merupakan penutup 2009 yang terbaik untuk Pesawat. Teruskan kepercayaan anda terhadap kami. Harap kami dapat membalasnya dengan dengan sehabis baik. Insyaallah ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yeah one more thing. monitor blow kat indie stage masa malam. i couldn't hear shit when i was singing. very disappointing equipments for a big event and named organizer. tak tahu la pasal hujan ke apa... but not my problem they should have known what to do under such circumstances. malaysia is known for their heavy rain. DUH.
ReplyDeletecrowd was awesome. but the whole rushing us to play only 2-3 songs was a big joke. they should have thought of the residence before they had it there....... the beauty of working with money makers.....i hope next year they'll pay the bands more for such a fucked up set at the indie stage.
masa aku lepak kt tepi Mainstage (dlm kandang, blah chillout stage) tgh sedap layan Seven Collar..tetiba 1 speaker kt ChillOut stage yg dorang dh nk packing jatuh.retak gk ar bnde tuh...tp crew2 kt situ buat bodo je..masing2 muka ketat.myb dh penat so xheran ar ape nk jadi..internally aku rasa mcm2 prob tp xpe la..bnde dh setel..even do xbrape berjaya tp jd gk RTW09..hopefuly next year dorang akan prepare better dr tis year. kudos to FatBoys n lain2..
ReplyDeletelor... melepas aku nak melihat ko menari zapin... time monoloque ni aku just layan kat luar sambil pekena teh tarik... haishhhh
ReplyDeleteAnonymouses (lol - sorry, whats ur name again? hehe): Exactly. What happened the other day certainly is out of the FatBoys hands. Its an OK organized event. Not perfect but it works. I'm not blaming anyone. Before the rain showed up, everything is on schedule and the sounds setting is OK.
ReplyDeleteI do agree about the residence thingy tho. They should've know better. But for the equipment eg monitors, they can't do much about it. Yes, they could've extend the bumbung or watever but if its raining surely a problem will rise. That's something we have to live with in this country.
I pity those kids paying for the gig and staying till midnight just to see their favorite band playing 2 songs - 3 tops. They have to endure the rain almost half of the event. Kesian sungguh!
Anyway, FatBoys handle the situation well except for the Bunkface performance. Nasib baik we didn't play 3 songs cos if we did, then Bunkface couldn't play at all. Sorry for them and their fans.
Thanks for stopping by guys. Cheers ...
KeMatz: tu la kau. patut stay. hehehe. kalau tak mesti aku menari tu ada kat youtube. :)