Wednesday, December 16, 2009

Akal dan fikiran

Sigh. Akhirnya dapat jugak den post kat blog den ni ha. Lama sgt dah tak post dak?! hehe

Macam-macam bende jadi beberapa bulan kebelakangan ni. Yang paling best dapat jalan-jalan kat tempat yang tak pernah aku jejak. Kuching terutamanya. Tapi tu semua akan dimasukkan kat sini tak lama lagi. Bagi masa sikit ok.

Post ni sebenarnya nak meluahkan perasaan. Aku cukup benci kalau ada makhluk Allah yang buat sesuatu bende tu tak fikir panjang lepas nak salahkan orang lain bila bende tu tak menjadi. Pertama kali aku menjejakkan telinga aku kat bunyi mereka ni, Ya Allah! Aku cukup kagum. Memang aku pasti (hehe .. gelak sat) yang mereka nilah yang dinanti-nantikan.

Tapi bende tu sekerat jalan je. Sekarang ni itujelah yang tinggal. Betul cakap orang tua "Bile ada byk duit, setan pun datang" dan itulah yang terjadi. Lepas satu-satu masalah datang kat mereka ni. Akibatnya, dah tinggal 2 tanpa orang depan. Sigh ...

Sekali hari tu keluar satu bunyi baru dengan tajuk yang amat meragukan. Aku dah syak lain macam bila baca tajuk bunyi tu tapi biasalah cakap orang-orang eropah, "think positive". Jadi, kira oklah. Dan sampailah ke hari ini bila aku membaca ucapan-ucapan bunyi tu dengan teliti. Memang sah ditujukan pada orang depan tadi tu.

Alahai ..... sudah la tu. Dah memang itu yang akan jadi kalau terlalu pentingkan diri sendiri. Sapa nak kerja dengan kamu? Kita hidup tak lama. Buat apa fikir benda-benda yang dah lapuk tu. Teruskan dengan apa yang ada. Akal dan fikiran kita ni dianugerahkan untuk berfikir dan bertindak dengan sehabis baik. Kalau kita tak gunakan dengan baik, tak baiklah jadinya.

Jadi kesimpulannya (ditujukan untuk aku skali), walauapapun terjadi hampir semua benda yang kita buat terutamanya menubuhkan kumpulan muzik bermula dengan persahabatan. Kita bukan masuk Twisties Bingit ke apa. Kenapalah kena ada sifat pentingkan diri sendiri? Kalau nak untung lebih, buatlah solo. Biar makan sama-sama dari tak boleh makan langsung. Betul tak?

6 comments:

  1. uiks lain macam nukilan saudara nizamcamel nie...
    -malyadayada

    ReplyDelete
  2. hehe. dah lama tak menulis. bahasa pun tunggang terbalik campur perasaan marah. :)

    ReplyDelete
  3. cis main bangsat la mcm ni !!!!....wei aku tak paham la ...lagi la bangsat !


    yabedabedu

    ReplyDelete
  4. renung2 kan lah ... Ameng Spring buat statement: Band2 Indie skrang kurang kualiti .. hehe

    ReplyDelete
  5. kau ni ckp psl meet uncle hussein ker?aku baca mcm ada dendam kesumat jer kau ngan dorang?rileks la bro.....

    ReplyDelete
  6. nope. aku takde dendam apa2 dengan sesiapa pun dalam band tu. aku bercakap secara general. itu cuma salah satu contoh untuk semua...

    ReplyDelete