Monday, December 28, 2009

Rocking the Rock The World 9

Penat, letih, kecewa tapi seronok. Itulah perasaan yang aku rasa selepas selesai main di Rock The World 9 pada 26hb Disember lepas.

Terus-terang cakap aku memang mengidam nak main kat RTW ni sejak dibangku sekolah lagi. Tapi entah kenapa pada mulanya aku cakap TAK dekat tuan pengurus, Fazrik, bila dia tanya samada nak main ke tak. Waullahua'lam.

Kami hanya bagi keputusan dua hari sebelum Sidang Akbar yang pertama RTW. Tapi awal2 pun dah nampak masalah.
Kedua-dua penganjur utama tak sebulu rupanya. Jadi tarikh dan tempat terpaksa ditukar dari yang dijadualkan pada mulanya. Lepas pengumuman tu, adoyai ... Zee Avi dan Azmyl tak dapat join. Agak kecewa jugak perasaan aku masa tu.

Pada hari kejadian, aku dah set dalam kepala otak aku nak tolong kawan-kawan pada siang hari dan baru teruskan dengan Pesawat pada malam hari. Jadi aku bangun awal hari tu dalam pukul 10pg untuk tolong guitar tech aku, Tom Bollock. Tom main 2 band hari tu; Sam & Robot Asmara.

Terperanjat la jugak bila sampai-sampai aku tengok budak-budak yang datang dah ramai. Alhamdulillah. Ingatkan berita tu tak sampai kat diorang sebab pengurusan RTW anjakkan semua kumpulan dekat Indie Stage mula awal 2 jam pada hari sebelumnya.

Photo by Uzair Sawal (FB photo)

Masa Sam & Robot Asmara main cuaca terang benderang lagi. Semuanya masih ok. Tak ada masalah langsung. Tapi dalam pukul 3 lebih, hujan turun dengan lebatnya. Abis kuyup budak-budak yang datang. Kesian sungguh! Dah la tak ada tempat nak berteduh selain dari canopy peniaga2. Sampai aku dengar ada yang bergaduh berebut tempat nak berteduh. Alahai dik. Tapi aku tak boleh nak komen banyak-banyak sebab aku ada tempat berteduh.

Photo by Khuzai Johari (FB Photo)

Bila persembahan dimulakan semula, tak sampai dua band hujan turun balik. Jadi, semuanya dah lari. Masa, peralatan dekat atas stage, mood dan bunyi semua lari ke tempat lain. Hancur lebur. Tapi dalam-dalam kelam kabut tu, boleh pulak si monoloQue mintak aku menari zapin masa set dia nanti. Aku macam biasa, Mak Ok Je!! Hahaha

Aku agak takut-takut nak join monoloQue sebab ada satu band lagi yang perlukan khidmat aku sebagai crew. Kebetulan masa monoloQue main kat Main Stage, LabRat naik Indie Stage. Dalam kelam kabut tu aku redahkan jugak menari Zapin utk monoloQue. Lu punya pasal tadahal la loQue!! Dapat aku buat 2 round, terus aku berlari ke Indie Stage.

Photo by http://blog.enaphotography.com

Nasib baik sempat sebelum LabRat mula tapi effect si Azwaa tak berfungsi ditambah ada Amp rosak atas pentas tu. Allah!! Set LabRat dah dikurangkan ke 2 lagu. Jadi aku suruh si Azwaa teruskan main lagu pertama tanpa gitar sementara aku selesaikan. Alhamdulillah, dia dapat pakai gitar tu pada separuh kedua lagu kedua diorang.

Kesimpulannya, siang hari tu aku jadi crew utk 3 kumpulan: Sam, Robot Asmara dan LabRat manakala menjadi penari untuk monoloQue. Hahaha. Seronok sungguh!

Tibalah waktu malam. Tapi tak malam sangat sebab aktiviti Pesawat bermula sejurus selepas aku selesai dengan LabRat. Sepatutnya aku kena pakai a proper attire untuk MeetnGreet Twisties pukul 6.30ptg tu. Tapi memang tak sempat, terus aku pergi dengan t-shirt dan seluar pendek aku. Hahaha. Nak buat macamana. Aku tengok muka budak-budak yang datang tu gembira je. Alhamdulillah. Kesian tengok diorang. Berpanas, berhujan hari tu. Harap-harap tak ramai yang demam.

Kemudian ada MeetnGreet TM dan seterusnya berjumpa dengan otai, Abang Rom. Ada pulak interview 8TV dgn IMTV. Dahla aku tak sempat nak balik mandi apa semua, macam benda pulak kena buat. Tapi tak boleh nak marah sebab aku yang pilih untuk tolong band-band siang tadi.

Photo by http://blog.enaphotography.com

Perasaan kesian dekat budak-bud
ak tu makin membuak-buak bila aku tengok jadual Main Stage dah lambat hampir 3 jam. Pop Shuvit yang patutnya main pukul 6ptg, mula pukul 9mlm. Memang sah RTW09 abis pukul 12pg. Tapi budak-budak yang datang tak bergerak langsung. Terima kasih!

Synthesizer kitorang, DaniBoy kena migrain tak semena-mena sebelum persembahan. Bertambah tak sedap pulak bila aku dapat tau yang semua band tak boleh main lebih dari 2 lagu. Ya Allah! Dah la set sepatutnya 4 lagu, dikurangkan separuh. Yang dekat luar tu menunggu dari siang berhujan macamana pulak? Makin susah hati aku.

Masa untuk setup 5 minit, manakala persembahan 15 minit je yang diorang bagi. Nasib baik team technical kitorang cekap dan pantas. Shout out to Tom Bollock, Eddie Malie, Khuzai, Paan, Qarma, Asoi, Adnan (Drummer Sam), Boboy dan Chic!! Terima kasih tak terhingga dolmats! Korang memang power!

Photo by http://blog.enaphotography.com

Naik je stage, Ya Allah! ramainya yang menunggu. Penuh depan pentas tu. On stage sound memang tak dengar bende lain selain dari bunyi gitar aku! Aduhhh. Terpaksa aku gagahkan jugak. Nak buat mcmana lagi. Kitorang cuba jugak nak extend ke 3 lagu tapi lepas lagu kedua pengurusan RTW dah suruh turun.

Photo by http://blog.enaphotography.com

But all and all, It was a good show. Tak sangka ramai macam tu yang datang. Terima kasih kerana menunggu. We love you guys. Thanks for waiting again. Harap tahun depan kita ketemu lagi di pentas sebegitu rupa tanpa sebarang masalah. Tapi yang pasti Rock The World 9 merupakan penutup 2009 yang terbaik untuk Pesawat. Teruskan kepercayaan anda terhadap kami. Harap kami dapat membalasnya dengan dengan sehabis baik. Insyaallah ....

Wednesday, December 16, 2009

Menyunting Gambar

Ini bukanlah sesuatu bende yang baru untuk aku. Dah hampir 10 tahun aku dok main dengan mesin komputer. Jadi baru-baru ni tergerak hati aku untuk belajar menyunting gambar. Seronok pulak melihat kawan-kawan aku yang pandai menyunting ni.

Sekarang aku dalam proses belajar dengan satu minah yang pandai dalam arena ni, Ena (http://www.enaphotography.com/). Cukup pandai. Dah la lawa. Hehe. Tapi asyik nak marah je. Alahai. Sabar la Cik kak ye. Saya baru belajar. ;)

Jadi nantikan hasilnya dalam 2-3 hari ni. Silap-silap lepas ni keluar CamelPhotography pulak. Hahahaha

Akal dan fikiran

Sigh. Akhirnya dapat jugak den post kat blog den ni ha. Lama sgt dah tak post dak?! hehe

Macam-macam bende jadi beberapa bulan kebelakangan ni. Yang paling best dapat jalan-jalan kat tempat yang tak pernah aku jejak. Kuching terutamanya. Tapi tu semua akan dimasukkan kat sini tak lama lagi. Bagi masa sikit ok.

Post ni sebenarnya nak meluahkan perasaan. Aku cukup benci kalau ada makhluk Allah yang buat sesuatu bende tu tak fikir panjang lepas nak salahkan orang lain bila bende tu tak menjadi. Pertama kali aku menjejakkan telinga aku kat bunyi mereka ni, Ya Allah! Aku cukup kagum. Memang aku pasti (hehe .. gelak sat) yang mereka nilah yang dinanti-nantikan.

Tapi bende tu sekerat jalan je. Sekarang ni itujelah yang tinggal. Betul cakap orang tua "Bile ada byk duit, setan pun datang" dan itulah yang terjadi. Lepas satu-satu masalah datang kat mereka ni. Akibatnya, dah tinggal 2 tanpa orang depan. Sigh ...

Sekali hari tu keluar satu bunyi baru dengan tajuk yang amat meragukan. Aku dah syak lain macam bila baca tajuk bunyi tu tapi biasalah cakap orang-orang eropah, "think positive". Jadi, kira oklah. Dan sampailah ke hari ini bila aku membaca ucapan-ucapan bunyi tu dengan teliti. Memang sah ditujukan pada orang depan tadi tu.

Alahai ..... sudah la tu. Dah memang itu yang akan jadi kalau terlalu pentingkan diri sendiri. Sapa nak kerja dengan kamu? Kita hidup tak lama. Buat apa fikir benda-benda yang dah lapuk tu. Teruskan dengan apa yang ada. Akal dan fikiran kita ni dianugerahkan untuk berfikir dan bertindak dengan sehabis baik. Kalau kita tak gunakan dengan baik, tak baiklah jadinya.

Jadi kesimpulannya (ditujukan untuk aku skali), walauapapun terjadi hampir semua benda yang kita buat terutamanya menubuhkan kumpulan muzik bermula dengan persahabatan. Kita bukan masuk Twisties Bingit ke apa. Kenapalah kena ada sifat pentingkan diri sendiri? Kalau nak untung lebih, buatlah solo. Biar makan sama-sama dari tak boleh makan langsung. Betul tak?